Muhammad Hanif Jamaluddin. Powered by Blogger.

Thursday 27 December 2012

Peniliaan QSS 2012




  • School of study 1996
  • Format Surat rasmi
  • Tugas dan tanggungjawab guru penasihat kokurikulum
  • Bagaimana nak melatih pemain kita sukan permainan dan sukan, perlawanan sebenar
  • Tujuan penilaian kokurikulum
  • Agenda2 mesyuarat dari segi susunan, mingguan ke bulanan ke
  • Kalau kita tewas x leh pergi perlawanan seterusnya kita panggil apa
  • Sebelum kita tubuhkan persatuan kita ade mesyuarat jawatan penaja
  • Pengurusan sukan apakah fungsi pengurusan sukan dalam kokurikulum
  • Penanda surat dipanggil apa?
  • Bagi mengurangkan risiko kemalangan dalam dan diluar sekolah semasa menjalankan aktiviti kokurikulum.apa tindakan kita? 
  • Minit mensyuarat, bila kita kne edarkan
  • Apakah matlamat pengurusan risiko dlm aktiviti kokurikulum
  • Line gelanggang badminton mesti sama ngan net tu
  • Fungsi jawatankuasa Teknik
  • Format Kiraan bye untuk 26 pasukan
  • Apakah jawatan kuasa teknik, apa fungsinya dalam penganjuran badminton ni
  • Borang pertandingan disediakan oleh siapa?adakah teknik??kuasa pertandingan?
  •   Borang2 untuk hakim, siapa yang sediakan?penjaga mase…siapa yg sediakan.pertandingan ngn teknik benda yg sama.
  • Pertandingan bola sepak yang mengandungi 20 pasukan, berape pasukan bye?
  •  Apa beza pertandingan kalah mati dengan liga dari segi pungutan mata point?
  • Dasar yang memastikan sekolah menubuhkan 3 komponen kokurikulum.apa dasarnya?
  • Apakah faktor2 yg terlibat dalam merancang kokurikulum
  • Kuasa memecat ahli persatuan dibawah kuasa siapa?
  • Komponen yg tidak ambil kira dlm menentukan markah
  • ciri yang diasaskan oleh Murid melalui aktiviti kokurikulum.
  • Aktiviti kokurikulum adalah wajid dan kehadiran mereka perlu direkod,siapa yang merekod?
  • Apakah faktor2 yg mempengaruhi sesuatu pertandingan
  • Tujuan diadakan pertandingan ini adalah untuk apa?
  •  Elemen2 yang terdapat dlm kepala surat
  • Prinsip2 dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah,
  • Apakah kesan positif dlm aktiviti sukan dan permainan yg diperolehi oleh murid
  • Aspek yg dinilai dlm aktiviti kokurikulum 50% untuk apa?
  • Organisasi yg didaftarkan dibawah akta parlimen
  • Hak seseorang ahli yg telah didaftarkan dalam sesuatu komponen kokurikulum


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Tugasan KPT - Kuiz -


- Kuiz Berkenaan solat dhuha -


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

tugasan KPT - P&P


Pengenalan Solat Dhuha - Audio ( Suara Latar Ust Yazid )


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Tuesday 25 December 2012

Tips Menghadapi Exam - Rabbuna Yusahhil :)



1) SEBELUM IMTIHAN
-melazimi solat malam(tahajud)..
-jaga hubungan kita dgn allah mahupun dengan manusia..
-memohon maaf kepada ibu bapa kita n mnta mereka mendoakan kejayaan kita...
-minta maaf kepada guru2 serta mohon keberkatan segala ilmu yg pernah mereka curahkan kepada kita...
-memohaon maaf kepada sahabat2 n org2 yg ada kaitan dgn kita..
-sentiasa memaafkan ore lain...
-elakkan dari menyakiti perasaan sahabat2 terutama ahli bait.
-study smart...jgn tertekan sangat..agak2 tensyen tido jer..;>
-pastikan punyai persediaan yang cukup utuk menghadapi imtihan esok hari...


2) SEBELUM MASUK DEWAN
-pastikan dri sentiasa dlm keadaan berwudu'..
-lakukan solat sunat sebelum memasuki dewan..
-pastikan tiada nota2 yg terselit di baju@badan anda..haram ;>
-ulangi segala yg anda telah baca sepintas lalu..

3) SEBELUM MENJAWAP SOALAN
-baca al-fatihah...
-selawat...3x...
-baca surah "insyirah" 3x...
-doa dipermudahkan urusan menjawap,memahami soalan yg dberi..
-baca setiap soalan dengan teliti sebelum menjawab,pastikan dri memahami kehendak soalan

4) SEMASA MENJAWAP
-mulakan dengan lafaz bismillah..
-tulis di tengah2 belah atas kertas jawapan anda perkataan lafaz basmalah...
-mulakan jawapan dengan memuji allah n nabi muhammad s.a.w (khas utk mesir ek)...
-jawapan hendaklah di tulis dengan kemas dan tersusun...
-pastikan no soalan n jawapan di tulis...
-jawapan bg soalan yang kedua di tulis di muka surat yang lain,begitulah seterusnya..
-sekiranya anda terlupa (selawat 3x) n baca( 3x اللهم يسر ولاتعسر)
-jawap degann hati yang tenang (pedulikan apa kata murakib..khas mesir ;>)

5) SEBELUM HANTAR
-pastikan telah menjawap segala soalan yg diberi.
-semak balik semua jawapan2 yg antum tulis..
-baca ( ya latif 3x ) hembus di setiap helaian kertas jawapan..jgn kuat sangat..
-tulis perkataan wafid malizi di muka hadapan kertas jawapan( khas mesir ek n negara2 timur tgh ;> )

6) SELEPAS HANTAR
- tawakal n banyakkan berdoa agar di beri kejayaan
- abaikan apa yang telah berlalu beredia utuk madah yg seterusny
- klu xde madah balik tidooo he ;> alhamdlillah..

k ni la sahabat2 sediakit sebanyak tips2 yg ana dapat kongsi bersam sahabat2..semoga ia dapat mendatangkan faedah kepada sahabat2..apa2 pun yag penting kita mesti ada DUIT..
Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakal.....

"tanpa usaha kejayaan xkan datang bergolek kepada kita"..bak kata aflin syauki dalam soal hati "tanpa keberanian mimpi xkan bermakna" "hendak seribu daya xnak seribu dalaih" "bersungguh2lah kamu jangan lah kamu malas,dan janganlah kamu jadi orang yang lalai,maka akan menyesallah bagi siapa yang malas dan lalai" "barangsiapa yang berusaha dia akan dapat" "allah akan beri sebanyak mana usaha hambanya itu"

semoga dengan kata2 ni dapat meningktkn semangat sahabat2 bagi menhadapai fatrah imtihan ini,ana berdoa agar kita sama2 dikurniakan dengankejayaan yang cemerlang amin!!


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Saturday 15 December 2012

Psikologi Islam (3) - Objektif dan Teori Psikologi Islam



Tujuan atau objektif psikologi Islam ini adalah memberikan pendedahan tingkah laku manusia, memahami tingkah laku manusia, membuat ramalan terhadap sesuatu kajian tingkah laku serta mempengaruhi tingkah laku manusia untuk perubahan dan penyesuaian demi kebaikan. Manakala objektif psikologi Islam adalah membantu dan memahami untuk menyelesaikan masalah manusia tetapi lebih memfokuskan kearah mencapai keredhaan Allah swt.

               Ia bertepatan dengan apa yang telah tertera di dalam al-Quran bahawa Allah S.W.T telah menggesa umatnya mengkaji tentang manusia agar dapat menguruskan dunia sesuai dengan tugas manusia dijadikan sebagai khalifah. 

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Al-Baqarah 30

              Menurut Uthman Najati (1993), dalam Islam tidak dipanggil teori tetapi disebut sebagai prinsip. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat al-Quran dan al-Sunnah yang disimpul, diangkat, ditafsir lalu membentuk teori psikologi. Masyarakat muslim juga menggunakan akal berijtihad, untuk membina teori psikologi Islam. Akan tetapi teori yang dihasilkan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Kandungan al-Quran dan al-Sunnah diijtihadkan maka terhasillah teori psikologi Islam. Psikologi Islam lebih berkaitan mengenai roh dalah diri manusia yang dizahirkan perbuatannya.


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Friday 14 December 2012

Tugasan KPT - Kumpulan - Pengenalan Kumpulan


Pengenalan Kumpulan - rakam - uplode - tayang - mudah hiii


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

.: ILDAS :.


Panorama Indah Kampus Ku


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Kem Remaja al-Fateh 2012

Kem Remaja Al-Fateh Kuala langat



Harapan saki baki Pemuda/di yang ingin memperjuangkan mata rantai perjuangan baginda Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam..


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Thursday 13 December 2012

Pembentukan Briget Islam


Tugasan Kumpulan KPT 4033 :)


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Tugasan Individu KPT

Selamat Hari Guru - Terima kasih Dr Modi :)


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Psikologi Dalam Perspektif Islam (2) - Psikologi Islam & Barat



 
Menurut Uthman Najati (1993), psikologi dari perspektif Islam, matlamat atau teori psikologi Islam berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah dan di ambil juga daripada tokoh-tokoh psikologi Islam seperti Ibn Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dan lain-lain lagi. segala ajaran dan sumber terhasil daripada nas al-Quran yang mana is menjelaskan, menghuraikan, menganalisis, menafsir, menyimpulkan dalam ajaran Islam berpanbdukan al-Quran dan al-Sunnah. Segala sumber psikologi Islam ini bersifat mutlak kerana ia merupakan satu pandangan yang boleh dibahaskan dan boleh dikritik. 

           Menurut Norman L. Munn (1962), dari perspektif Barat pula, mereka menggunakan sumber yang lebih kepada teori-teori dan pandangan-pandangan akal serta psikologi ilmuan sahaja. Mereka tidak mempunyai buku khusus yang boleh dijadikan panduan kebanyakan teori dan sumber mereka bersifat “imprical”. Selain itu, sumber psikologi Barat diambil hasil daripada ekperimen semata-mata. Teori-teori Barat ini kebanyakannya hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh Barat seperti William James, James B.Watson, Norman L.Munn, Linda L.Davidoff dan sebagainya.

      Dalam perkembangan psikologi Barat, bidang psikologi mengambil masa yang lama untuk menentukan objektifnya. Pada mulanya psikologi ini merupakan satu aktiviti yang bercorakkan teori dan renungan semata-mata yang bertujuan memenuhi keinginan dan hasrat manusia untuk memahami diri sendiri. Apabila maklumat berkenaan jiwa manusia bertambah, maka ahli psikologi cuba meramalkan tingkah laku individu lain selain diri sendiri. Kemudian mereka menggunakan penemuan mereka dalam bidang perindustrian, perniagaan, kepimpinan dan lain-lain. Psikologi Barat ini hanya kearah ilmu pengetahuan dan membantu menyelesaikan masalah semata-mata


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

Psikologi Dalam Perspektif Islam (1)



1.      Pendahuluan

            Psyche bererti jiwa dan logos bererti kajian tentang sesuatu. Jadi Psikologi adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia yang dibuat secara sistematik dan saintifik. Ia satu disiplin ilmu yang yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran sosial.

            Menurut Baller dan Charles (1968) dalam The Psychology of Human Growth and Development psikologi mengkaji tingkah laku manusia dengan menggunakan data dan prinsip yang telah dihimpunkan dengan teliti.

             Davidoff (1976) mengjelaskan bahawa psikologi adalah kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata atau selindung. Kajian secara nyata (overt) merujuk kepada kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak menghisap jari, bagaimana mereka belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian selindung (covert) adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya. Menurut Fantino (1974) psikologi adalah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran kebimbangan dan tekanan.
              Tidak dapat dinafikan psikologi merupakan salah satu cabang ilmu yang amat berguna dalam kehidupan manusia. Bahkan dalam era globalisasi yang memungkinkan pertembungan budaya Timur dan Barat serta pemusatan matlamat pada kehidupan dunia, pengetahuan mengenai kemanusiaan menjadi satu keperluan yang mendesak. Bijak pandai di Jepun telah melaburkan sekian banyak modal terhadap pembangunan insan bagi memastikan teknologi yang dicipta tidak disalahgunakan akibat tangan manusia sendiri.

               Di mana-mana sahaja, manusia adalah tumpuan utama dalam pembinaan tamadun. Kejayaan keluarga, masyarakat, organisasi dan negara asasnya bergantung kepada manusia dan bukannya teknologi atau faktor-faktor lain. Justeru, memahami manusia menjadi satu tuntutan. Islam juga tidak ketinggalan menekankan pembangunan manusia sebelum sebuah tamadun dapat dibangunkan. Nabi S.A.W. mengambil masa 13 tahun di Kota Makkah mengukuhkan fitrah yang ada dalam diri manusia sebelum berhijrah membangunkan negara dan syariat.

Firman Allah S.W.T. dalam Al-Quran yang amat rapat dengan ilmu psikologi adalah agar manusia mengubah apa yang ada dalam dirinya (hati atau jiwa) sebelum Allah mengubah nasibnya :
“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.” Ar-Ra’du 11

           Melalui ayat ini, kita faham bahawa perubahan adalah satu proses inside-out, iaitu dari faktor dalaman (jiwa, nilai, persepsi), kemudian barulah faktor luaran (persekitaran, pendidikan dan sebagainya). Malangnya, sejak sekian lama ilmu psikologi dibayangi oleh teori-teori Barat yang lebih mengutamakan aspek seperti biologi dan sosial serta mengabaikan perihal jiwa.

              Bagaimanakah kaedah untuk membenteras penagihan dadah, seks bebas, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan 1001 masalah sosial adalah tanggungjawab ahli psikologi muslim. Melihat ke hadapan pula, bagaimana untuk membangun pekerja cemerlang, ibubapa cemerlang, pemimpin yang cemerlang, pelajar yang cemerlang dan 1001 keperluan insani juga adalah tanggungjawab ahli psikologi Muslim. Melalui kajian yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith, rahsia kecemerlangan insan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. lebih 1400 tahun dahulu pasti dapat dirungkai dalam bentuk dan kaedah yang sesuai dengan perubahan zaman.


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP