Muhammad Hanif Jamaluddin. Powered by Blogger.

Saturday 15 December 2012

Psikologi Islam (3) - Objektif dan Teori Psikologi Islam



Tujuan atau objektif psikologi Islam ini adalah memberikan pendedahan tingkah laku manusia, memahami tingkah laku manusia, membuat ramalan terhadap sesuatu kajian tingkah laku serta mempengaruhi tingkah laku manusia untuk perubahan dan penyesuaian demi kebaikan. Manakala objektif psikologi Islam adalah membantu dan memahami untuk menyelesaikan masalah manusia tetapi lebih memfokuskan kearah mencapai keredhaan Allah swt.

               Ia bertepatan dengan apa yang telah tertera di dalam al-Quran bahawa Allah S.W.T telah menggesa umatnya mengkaji tentang manusia agar dapat menguruskan dunia sesuai dengan tugas manusia dijadikan sebagai khalifah. 

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Al-Baqarah 30

              Menurut Uthman Najati (1993), dalam Islam tidak dipanggil teori tetapi disebut sebagai prinsip. Psikologi Islam diambil daripada makna ayat al-Quran dan al-Sunnah yang disimpul, diangkat, ditafsir lalu membentuk teori psikologi. Masyarakat muslim juga menggunakan akal berijtihad, untuk membina teori psikologi Islam. Akan tetapi teori yang dihasilkan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Kandungan al-Quran dan al-Sunnah diijtihadkan maka terhasillah teori psikologi Islam. Psikologi Islam lebih berkaitan mengenai roh dalah diri manusia yang dizahirkan perbuatannya.


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP