Muhammad Hanif Jamaluddin. Powered by Blogger.

Thursday 13 December 2012

Psikologi Dalam Perspektif Islam (2) - Psikologi Islam & Barat



 
Menurut Uthman Najati (1993), psikologi dari perspektif Islam, matlamat atau teori psikologi Islam berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah dan di ambil juga daripada tokoh-tokoh psikologi Islam seperti Ibn Sina, Imam al-Ghazali, Ibn Rusyd dan lain-lain lagi. segala ajaran dan sumber terhasil daripada nas al-Quran yang mana is menjelaskan, menghuraikan, menganalisis, menafsir, menyimpulkan dalam ajaran Islam berpanbdukan al-Quran dan al-Sunnah. Segala sumber psikologi Islam ini bersifat mutlak kerana ia merupakan satu pandangan yang boleh dibahaskan dan boleh dikritik. 

           Menurut Norman L. Munn (1962), dari perspektif Barat pula, mereka menggunakan sumber yang lebih kepada teori-teori dan pandangan-pandangan akal serta psikologi ilmuan sahaja. Mereka tidak mempunyai buku khusus yang boleh dijadikan panduan kebanyakan teori dan sumber mereka bersifat “imprical”. Selain itu, sumber psikologi Barat diambil hasil daripada ekperimen semata-mata. Teori-teori Barat ini kebanyakannya hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh Barat seperti William James, James B.Watson, Norman L.Munn, Linda L.Davidoff dan sebagainya.

      Dalam perkembangan psikologi Barat, bidang psikologi mengambil masa yang lama untuk menentukan objektifnya. Pada mulanya psikologi ini merupakan satu aktiviti yang bercorakkan teori dan renungan semata-mata yang bertujuan memenuhi keinginan dan hasrat manusia untuk memahami diri sendiri. Apabila maklumat berkenaan jiwa manusia bertambah, maka ahli psikologi cuba meramalkan tingkah laku individu lain selain diri sendiri. Kemudian mereka menggunakan penemuan mereka dalam bidang perindustrian, perniagaan, kepimpinan dan lain-lain. Psikologi Barat ini hanya kearah ilmu pengetahuan dan membantu menyelesaikan masalah semata-mata
      


Terima Kasih Membaca.. Doakan Fateh Al-Muhammadi Jadi Hamba yg Beriman, Umat yg Berjuang, Anak yg Soleh :)

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP